SAYA NAK! TAHU APA YANG AWAK NAK!

sayanak.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pertama sekali syukur ke hadrat Illahi ke limpah dan kurnianya, diberikan kudrat untuk kami siapkan Online Store terbaru 2020.Juga sekalung tahniah kepada seluruh Team SAYA NAK! dan pembekal-pembekal yang memberikan kerjasama yang sangat baik untuk menjayakan online store ini.Ini mungkin online store yang biasa sahaja, tetapi SAYA NAK! tahu awak nak!

YA SAYA NAK! TAHU APA YANG AWAK NAK!

Itulah kunci utama kenapa kami bina laman web ini.Tujuan utama adalah untuk tawarkan kepada anda semua pengalaman membeli belah online yang mudah, selesa dan selamat.

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, perniagaan terutamanya perniagaan kecil-kecilan sudah mula membanjiri ‘online’ terutamanya di media sosial dan marketplace seperti lazada, shoppee dan carousel. Perkembangan yang baik ini juga tidak terlepas dari kekurangannya iaitu, ketidakselesaan pengguna atau kurangnya kepercayaan pelanggan kerana kita selalu terdedah dengan scammer di internet.

Oleh sebab itu lah kami bina Online Store SAYA NAK! ini dengan fokus utama untuk mengetengahkan barangan daripada perniagaan kecil-kecilan bumiputera muslim di Malaysia dengan platform yang lebih selamat dan mudah.

SAYANAK.COM menggunakan secure payment gateway dari Toyyibpay iaitu diantara payment gateway yang terkenal dengan sistem sekuriti dan selamat pembayaran online dan kad kredit atau debit kad anda.

Disamping itu, kami juga sedang berusaha untuk dapatkan lebih banyak lagi produk-produk dari usahawan tempatan untuk diketengahkan disini. Barangan makanan,minuman, produk kesihatan, wangian, dan juga pakaian menjadi keutamaan kami buat masa ini.

Oleh itu, kami mengharapkan sokongan dari anda semua untuk membeli belah disini dan war-warkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Doakan kami terus berjaya untuk menawarkan produk-produk atau barangan yang menepati citarasa anda. TERIMA KASIH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Nak order guna whatsapp?